1. Menjana idea
Memberi idea secara spontan dan berterusan berkaitan
dengan sesuatu tajuk atau masalah.
2. Membuat inferens
Membuat kesimpulan/penerangan tentang sesuatu
objek atau peristiwa berdasarkan maklumat daripada
pemerhatian. Ia mungkin benar ataupun tidak benar.
3. Membuat hipotesis.
Membuat penyataan umum yang difikirkan benar bagi
menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.
4. Meramal.
Menggunakan data , pengetahuan dan pengalaman yang
sedia ada untuk menjangkakan perkara atau peristiwa
yang akan berlaku.
5. Mensintises.
Menggabungkan unsur yang berasingan untuk
menghasilkan suatu gambaran keseluruhan.
6. Mengitlak
Membuat penyataan umum terhadap keseluuruhan
maklumat berdasarkan pemerhatian atas beberapa
maklumat daripada kumpulan tersebut.
7. Mentafsir maklumat.
Proses memberi penerangan yang rasional tentang
sesuatu objek , peristiwa atau pola daripada maklumat
yang dikumpul.
8. Membuat gambaran
Membuat gambaran atau bayangan mental tentang
mental.
sesuatu idea atau konsep.
9. Mereka cipta.
Mereka cipta untuk menghasilkan unsur konkrit atau
menghasilkan unsur abstrak.