Sekapur sirih
Taniah dan syabas diucapkan kepada warga SMKDA kerana
berjaya membina Laman Web SMKDA nya sendiri bagi menyahut
saranan Tuan Pengarah Pendidikan Melaka, dimana setiap sekolah
negeri Melaka perlu mengadakan laman webnya sendiri..Oleh itu,
saya merakamkan ucapan terima kasih kepada warga SMKDA
yang terlibat.
Dalam zaman IT ini, kita harus peka terhadap
maklumat-maklumat yang disebarkan dengan kadar yang segera
melalui alat-alat multimedia.Untuk menjayakan budaya IT ini,
pihak sekolah telah turut serta membina
Laman Web ini .
Diharapkan dengan adanya Laman Web ini dapat dijadikan wadah
kepada masyarakat untuk mengenali sekolah ini dengan lebih dekat
dan dapat berhubung dengan kami serta bertukar-tukar maklumat
melalui email yang disediakan .
Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada
seluruh warga SMKDA yang telah terlibat dalam pembinaan
Laman Web ini.
Wasalam.
Pn. Che' Gayah Bte Ariffin
Pengetua,
SMKDA.